4 Faedah Terbaik Menggabungkan Pemasaran E-mel dengan SMS

Nur Amrina Rasyada
Nur Amrina Rasyada

Pada zaman teknologi di hujung jari ini, satu saluran pemasaran tidak cukup untuk mencapai pelanggan. Bagi mengembangkan potensi perniagaan, anda perlulah merangka strategi pemasaran yang bernas untuk bersaing dengan jenama lain.

Salah satu kaedah terbaik adalah dengan menggabungkan pemasaran SMS dan e-mel untuk berkomunikasi dengan pelanggan.

Walaupun kedua-dua saluran ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing, namun anda hanya akan dapati keberkesanannya bila digabungkan bersama.

Tambahan pula, pelanggan lebih gemar untuk berinteraksi dengan jenama yang mempraktikkan penggunaan saluran yang pelbagai atau omnichannel berbanding jenama yang bergantung pada satu saluran pemasaran sahaja.

Pemasaran SMS sudah menjadi keperluan bagi ramai peniaga kerana sifatnya yang fleksibel serta tinggi kadar bacaan serta engagement daripada penerima.

Pemasaran e-mel pula memberikan manfaat pada sesebuah jenama dengan meningkatkan kredibiliti sesebuah jenama dan mampu meningkatkan trafik ke laman web.

Di sini kami ingin kongsikan beberapa faedah apabila anda gabungkan kedua-dua platform pemasaran ini.

4 Faedah Terbaik Menggabungkan Pemasaran E-mel dengan SMS

1. Data Boleh Disesuaikan Antara Satu Sama Lain

Gabungan kedua-dua kaedah pemasaran ini membolehkan anda untuk gunakan data daripada satu saluran untuk satu saluran yang lain.

Sebagai contoh, sekiranya pelanggan berminat untuk terima SMS mengenai promosi barangan bayi, anda boleh gunakan informasi ini untuk kemaskini profil pelanggan di senarai e-mel supaya pelanggan tersebut dapat diutamakan untuk terima promosi yang berkaitan dengan minat mereka

2. Dapat Tingkatkan Engagement Dengan Lebih Baik

Penggunaan kedua-dua saluran pemasaran ini untuk sampaikan mesej yang sama juga dapat membantu anda untuk tingkatkan engagement pelanggan.

Sebagai contoh, anda boleh hantarkan hebahan tentang jualan kilat menerusi e-mel. Kemudian, anda juga boleh hantarkan SMS sebagai peringatan buat pelanggan sehari sebelum hari jualan.

Dengan cara ini, kedua-dua saluran dapat digabungkan bagi meningkatkan engagement pelanggan untuk berinteraksi dengan jenama anda.

3. Capaian Pelanggan Yang Lebih Berkesan

Walaupun ramai yang gemarkan pemasaran omnichannel, namun esetengah pelanggan gemar untuk berinteraksi pada satu saluran sahaja.

Jadi, bila anda gunakan kedua-dua saluran, anda boleh kenalpasti saluran yang lebih digemari pelanggan dengan lebih terperinci.

Dengan menggerakkan kedua-dua saluran pemasaran ini, anda boleh jejak kadar bukaan serta engagement bagi setiap satu.

Berdasarkan laporan yang diterima, anda boleh kategorikan pelanggan mengikut saluran pemasaran yang mereka lebih suka.

Ini dapat membantu jenama anda tingkatkan kepuasan pelanggan dan mengurangkan risiko SMS atau e-mel di’opt-out’ atau ditanda sebagai spam oleh pelanggan.

4. Memilih medium yang betul boleh meningkatkan pengalaman pelanggan.

Seperti yang dinyatakan tadi, kedua-dua pemasaran SMS serta e-mel mempunyai kelebihan masing-masing. Jadi, anda boleh manfaatkan kedua-duanya bergantung kepada kempen pemasaran yang anda ingin jalankan.

E-mel lebih sesuai untuk dihantar sekiranya anda ingin sampai maklumat yang lebih banyak dalam satu masa.

Ia juga lebih sesuai jika anda ingin sampaikan perkembangan mengenai jenama. Anda boleh rancang untuk menggunakan e-mel bagi :

  • Permintaan maklum balas / review
  • Pengenalan terperinci mengenai produk
  • Cerita tentang orang, produk atau jenama anda

Mesej teks yang bersifat pendek pula lebih sesuai digunakan untuk menghantar maklumat segera atau komunikasi masa nyata yang memerlukan interaksi pelanggan seperti:

  • Peringatan
  • Makluman keselamatan
  • Pengesahan
  • Pemberitahuan penghantaran atau penghantaran

Bila anda bercadang untuk gabungkan kedua-dua saluran pemasaran ini, fikirkan cara terbaik agar ia dapat membantu anda tingkatkan engagement dengan pelanggan sebanyak mungkin.

Di sini kami ingin kongsikan satu contoh gabungan pemasaran SMS dan e-mel yang anda boleh ikuti.

Pemasaran E-mel

Contoh Gabungan Pemasaran SMS dan E-mel Yang Baik

Ambil contoh sebuah syarikat yang ingin adakan kempen pemasaran untuk mengajak pelanggan sertai larian amal. Ini antara cara-cara serta turutan yang mereka boleh lakukan untuk hantarkan SMS dan e-mel kepada pelanggan.

1. Mulakan dengan Kempen E-mel

Dalam e-mel tersebut, syarikat boleh jelaskan tujuan larian amal dan mengapa ia penting untuk jenama mereka. Kemudian, mereka boleh hantarkan satu lagi e-mel untuk kongsikan butiran program tersebut seperti lokasi, cara menderma dan cara mendaftar.

2. Hantarkan SMS Susulan

Kemudian, syarikat ini boleh hantarkan pemasaran SMS menjelang tarikh larian amal bagi mengingati peserta di samping membuat mereka teruja untuk hadiri program tersebut.

3. Kekalkan Engagement Dengan SMS dan E-mel Yang Tepat

Selepas menghantar SMS, syarikat ini boleh hantarkan follow-up e-mail untuk kongsikan laluan larian serta lokasi tempat letak kereta pada hari tersebut.

Beberapa hari sebelum program larian amal berlangsung, syarikat ini boleh hantarkan SMS “Jumpa anda di sana!” untuk mengingatkan pelanggan pada saat akhir.

Pemasaran E-mel

Dengan gabungan kedua-dua saluran ini, anda boleh sesuaikan masa penghantaran agak kedua-dua saluran dapat mencapai pelanggan pada waktu yang sesuai.

Jangan hantarkan e-mel dan SMS pada masa yang sama! Sebaliknya, berikan masa untuk setiap satu saluran capai pelanggan untuk tingkatkan keberkesanan yang tinggi.

Bagi yang berminat untuk lonjakkan lagi jenama serta perniagaan anda menerusi pemasaran SMS dan e-mel, kami sedia menawarkan produk SMS Niaga dan Mail Niaga dengan ciri-ciri yang menarik serta harga yang berpatutan.

Jangan tunggu lagi, hubungi kami segera untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai produk pemasaran digital daripada kami!

Sumber : constantcontact.com

Hakcipta terpelihara 2019 – SMS Niaga
Web Impian Sdn. Bhd. (920163-H)