Pemasaran SMS memang tak dinafikan agak mencabar kerana karakter(huruf) yang terhad.
Dalam satu teks yang pendek ini, anda perlulah sampaikan maklumat yang lengkap demi mencapai target kempen pemasaran yang disasarkan.
Walaupun menulis bukan kepakaran anda, namun ia bukanlah perkara yang mustahil untuk dilakukan.
Berikut kami senaraikan beberapa cara yang boleh anda praktikkan semasa mengarang teks untuk pemasaran SMS yang berkesan.
11 Cara Penulisan Paling Berkesan Untuk Pemasaran SMS
1. Tulis Secara Ringkas
Dalam teks pemasaran SMS, less is more. Tak perlu bersusah payah tulis panjang berjela.
Pastikan teks yang disampaikan adalah ringkas dan lengkap dengan informasi yang anda ingin sampaikan untuk menarik perhatian pelanggan.
Kami sarankan anda untuk menghadkan teks mesej antara 100 – 160 karekter atau 3-4 baris sahaja.
2. Gunakan Perkataan Awal Yang Power
Ketika anda mengarang teks, ingatlah yang ayat pertama bakal dilihat dulu oleh penerima.
Anda juga boleh menganggap beberapa perkataan awal sebagai subjek bagi teks.
Secara tidak langsung, ini juga akan membuatkan pelanggan mudah faham tujuan anda menghantar mesej tersebut.
Jadi, anda perlulah memilih perkataan awal dengan tepat.
Gunakan perkataan yang power seperti “mulakan”, “jangan lepaskan”, “promosi”, “Tahniah” dan sebagainya.
Anda juga digalakkan untuk meletakkan nama pelanggan pada awal mesej bagi menarik pelanggan membuka dan membacanya.
3. Gunakan Ayat Yang Pendek
Satu perenggan teks yang panjang agak berat untuk dibaca oleh penerima.
Selain itu, ia juga boleh membuatkan penerima cenderung untuk mengabaikannya.
Pertimbangkan untuk karang teks dengan ayat yang pendek dan seringkas mungkin untuk menjadikannya lebih mudah dibaca.
Jika anda mahu pelanggan dapatkan maklumat tambahan, anda boleh sertakan bersama link ke website atau laman media sosial anda.
4. Tambahkan Visual
Pemasaran SMS tidak menghalang anda untuk berhubung menggunakan teks semata-mata.
Untuk tarik perhatian pelanggan, anda boleh sertakan SMS bersama multimedia yang sesuai seperti gambar, video, audio atau gif untuk menambahkan personaliti pada teks anda.
Kami sarankan anda untuk gunakan grafik bersaiz 500kb kebawah dan dalam format segi empat sama atau potret untuk mengoptimumkan kebolehbacaan (readability).
5. Maklumkan Tempoh Tawaran Pada Teks
Pemasaran SMS adalah platform yang baik untuk anda war-warkan promosi yang berlangsung pada tempoh terhad.
Untuk kempen sebegini, jangan lupa untuk selitkan bersama perkataan yang menggambarkan waktu terhad seperti “Minggu ini”, “Bermula sekarang”, “hampir tamat”, “Hanya hari ini”, “Akan tamat”.
Kaedah ini amat berkesan untuk mendorong pelanggan supaya bertindak segera bagi mendapatkan produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan.
6. Ucapkan Terima Kasih
Pelanggan pasti ingin rasa dihargai. Kekalkan kesetiaan pelanggan dengan memberikan mesej penghargaan buat mereka.
Sebagai contoh, anda boleh karang teks seperti “Terima kasih kerana memilih kami”, atau “Sokongan anda kami hargai”.
7. Bahasakan diri sebagai orang pertama
Selain memanggil pelanggan dengan nama mereka, anda juga boleh eratkan lagi hubungan bersama pelanggan dengan membahasakan diri anda sebagai orang pertama. (Saya, kami, kita)
Mesej yang diselitkan dengan nilai personal sebegini pasti bakal membuatkan pelanggan lebih rasa selesa untuk berkomunikasi dengan anda.
8. Promosi Pelbagai Produk dalam Satu Teks SMS
Walaupun karakter dalam pemasaran SMS adalah terhad, ini bukan bermakna anda tidak boleh promosikan lebih daripada satu produk.
Bila pelanggan ditawarkan dengan lebih banyak pilihan, pasti mereka akan lebih berminat untuk libatkan diri dalam promosi jenama anda.
9. Sertakan Promosi atau Diskaun
Siapa yang tak suka berjimat ketika berbelanja? Untuk menarik pembelian daripada pelanggan, anda sangat digalakkan untuk hantarkan teks mengenai promosi istimewa atau diskaun secara berkala.
10. Tetapkan Nada SMS Yang Sesuai
Ramai yang menggunakan nada santai untuk berinteraksi dengan pelanggan menerusi pemasaran SMS.
Namun, sesetengah syarikat seperti firma guaman lebih sesuai untuk gunakan cara penulisan dengan nada yang lebih formal supaya nampak lebih profesional.
Untuk syarikat sebegini, anda digalakkan gunakan gelaran atau nama panggilan yang bersesuaian dalam teks seperti Datuk, Datin, Tuan dan Puan.
11. Uji dan Semak SMS Sebelum Blast
Sebelum blast, pastikan anda semak nada, informasi serta sebarang kesilapan ejaan yang mungkin ada pada teks anda karang.
Untuk lebih selamat, anda boleh buat hantaran SMS percubaan kepada staff terdekat terlebih dahulu.
Cara penulisan untuk pemasaran SMS tidaklah sesukar yang anda sangkakan. Bagi menjamin keberkesanannya, anda boleh ikuti panduan yang kami kongsikan.
Jangan lupa untuk kekal profesional ketika berhubung dengan pelanggan. Bagi anda yang pertama kali ingin capai pelanggan menerusi pemasaran SMS, jangan lepaskan peluang untuk mencuba perkhidmatan daripada kami iaitu SMS Niaga.
Kami sedia menawarkan pakej pemasaran SMS yang lengkap untuk gandakan potensi perniagaan anda. Hubungilah kami segera untuk dapatkan sebut harga!